Prakata

 

DENGAN NAMA ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Puji dan syukur pada Allah SWT, rahmat dan keredhaan Allah pada Rasul-Nya Muhammad SAW, semoga selamatlah kita semuanya berserta hamba-hamba-Nya yang baik. Di hadapanmu ialah IMAN, sebuah syarahanku yang telah kubukukan. Anggaplah ia sebagai hadiah dariku, buat kenangan dan pusaka peninggalan yang mampu kuabadikan padamu. Pergunakanlah sebaik-baiknya sebagai satu-satunya hadiah yang kukira paling berharga bagi hidupku dan hidupmu di dunia apalagi di Akhirat.
Iman ialah punca tenaga, tempat lahirnya segala-gala yang kita perlukan dalam hidup ini. Iman ialah hartamu yang akan mengkayakan hatimu. Iman ialah kekuatanmu yang akan menguatkan jiwamu. Iman ialah pendidikan yang akan menjadikan engkau manusia yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi. Iman ialah sahabatmu yang karib dan setia, yang sentiasa bersama di waktu suka dan duka.
Iman ialah pembimbingmu yang akan memandumu kepada kebahagiaan hidup yang kauharap-harapkan. Iman ialah penyuluhmu yang terang-benderang, yang akan menyelamatkanmu dari kegelapan dan kesesatan. Iman ialah pengawalmu yang sentiasa bersedia untuk menjagamu'dari serangan musuh lahir dan batin. Iman ialah pemeliharamu, yang akan menghalangmu dari terpesona dan tertipu dengan hasutan dan bujukan nafsu dan syaitan.
Iman ialah pendorongmu yang akan mengarahkanmu supaya sentiasa berjuang di atas landasan yang dibenarkan oleh Tuhan. Iman ialah tenaga penggerak yang tidak akan membenarkan engkau berpeluk tubuh melihat maksiat dan kederhakaan pada Tuhan.
Kalau engkau memiliki iman, engkau sesungguhnya telah menguasai segala-galanya. Sebaliknya kalau engkau ketiadaan iman, maka engkau telah kehilangan segala-galanya pula.
Kerana itu tidaklah salah rasanya kusarankan engkau supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan iman. Masa, tenaga, fikiran, jiwa, harta, nyawa dan apa saja hakmu jangan sayang untuk kaukorbankan sebagai tebusan pada iman. Sebenamya harga pengorbananmu itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan nilai iman yang engkau perolehi. Dalam surah At-Taubah Allah berjanji denganmu:
Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan Syurga untuk mereka. (At Taubah: 111)
Allah akan menggantikan segala pengorbanan itu dengan Syurga, istana emas yang kelazatannya tidak mungkin tergambar oleh hati, tidak mungkin terkata oleh lidah dan tidak mungkin tertulis oleh pena. Sesuatu yang harus kau ingat bahawa jalan yang kusarankan ini adalah jalan kefakiran dan kepapaan tetapi agung! Kerana jalan itulah yang pemah ditempuh oleh para anbia dan mursalin.
Biarlah dalam hidup yang sementara ini kita rasa kepahitan dan kepiluan kerana dalam hidup yang kekal nanti kita tidak mungkin merasa pilu atau suka bila yang satu dari dua itu kita mesti kecapi. Resapilah kembali ilmu keimanan, kebenaran, keberanian dan keadilan kerana kau telah ditugaskan untuk memimpin bangsa-bangsa di dunia. Kemajuan dan kemanusiaan jangan dibiarkan berjalan tanpa pegangan dan pedoman wahyu. Dunia dan manusia jangan dibiarkan hanya mendengar kebohongan dan kepalsuan. Pembangunan bangsa dan negara jangan dilepas dari unsur iman dan akhlak mulia. Itulah tugasmu sekarang dan akan datang.
Dengan berkat ketinggian dan kemuliaan dan berkat Nabi Muhammad SAW keluarga dan sahabat baginda, para anbia dan mursalin serta guru tareqatku Syeikhul Muhammad Suhaimi r.h, semoga Allah menjadikan buku ini bermanfaat pada kita dan seluruh mukminin dan mukminat. Semoga juga Allah menerimanya sebagai afnal soleh dariku, untuk kuhadiahkan pahalanya kepada Allahyarhamhu ayahanda dan Allahyarhuma bondaku serta almarhum bapa saudaraku Lebai Ibrahim yang telah banyak berkorban untuk memelihara dan mendidikku.
Tidak lupa kusebutkan di sini almarhum guruku yang dicintai Sohibul Fadzilah Al Syeikh Mahmud Al Bukhari Al Hafiz, Syeikh Khalil, Haji Abdul Hakim, Ahmad Dahlan dan lain-lain semoga Allah menyampaikan pahala amalku ini padanya, sebagai membalas jasanya padaku yang tidak terkira. Semoga Allah memberikan mereka semua balasan Syurga.
Akhirnya kupohon dari Allah Al Karimul Mannan, taufiq dan hidayah untuk menjadikan buku ini sesuai dan benar sebagaimana yang dikehendaki-Nya dan semoga kita semua lebih giat dalam mengendalikan tugas yang di pikulkan-Nya.
Wabillahil Hidayah wat Taufikq
Wassalam.
Al Abdul Muznibu,
Ustaz Haji Ashaari Muhammad
=== sekian ===

Comments

Popular posts from this blog

Bab 4 Peringkat peringkat Iman

Bab 3 Kepentingan Iman

Bab 6 Perkara Yang Merosakkan Iman