Posts

Showing posts from 2013

Bab 9 Penutup

MASA beredar detik demi detik, tidak pernah berhenti. Satu detik yang ditinggalkan bererti satu detik umur kita hilang. Satu detik berlalu bermakna satu detik juga bertambah dekatnya kita dengan kematian. Mati ialah perpindahan kita dari alam dunia ke Alam Barzakh. Di sana Allah akan lanjutkan hidup kita. Kehidupan di sana ialah balasan kepada cara hidup di dunia. Andaikata yang kita pilih di dunia ialah kehidupan beriman dan beramal baik maka di Barzakh kita akan menerima ganjaran kebaikannya. Sebaliknya kalau di dunia kita kufur dan beramal jahat, maka di Alam Barzakh Allah akan balasi kita dengan balasan yang setimpal, akan kekallah kita begitu, hingga tibanya Hari Qiamat, di mana Allah akan sempurnakan pembalasan kepada hamba-hamba-Nya. Firman Allah SWT: Terjemahan: Kalau matahari digulung. Dan apabila bintang berguguran. Dan apabila gunung-gunung dihancurkan. Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan. Dan apabila bi

Bab 8 Sifat Sifat Orang Mukmin

SETELAH kita bincangkan iman dari segala aspeknya, sebagai kesimpulan biar saya senaraikan serba sedikit tentang sifat-sifat yang ada pada orang-orang mukmin, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Moga-moga dapat kita jadikan garis panduan untuk membina peribadi kita sebagai mukmin yang sebenar. Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat orang mukmin. Saya akan petik beberapa ayat sahaja untuk dibincangkan. Saya yakin kalau yang sedikit ini dapat kita amalkan, insya-Allah yang banyak lagi akan mudah jadinya. Tetapi kalau yang sedikit ini pun tidak teramal, maka yang lain-lain lagi akan bertambah jauh. Firman Allah SWT: Terjemahan: Sesungguhnya heruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang. Dan menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecual

Bab 7 Benteng Benteng Iman

SEBUTIR biji benih yang kita semai, yang kita harapkan ia tumbuh, membesar dan berbuah, mestilah dipagari, untuk mengawalnya dari serangan musuh-musuhnya. Tanpa pagar yang kukuh dan sempurna, musuh-musuh tanaman akan merosakkan juga membunuh pokok-pokok itu dan kita tidak akan memperolehi hasilnya lagi. Waktu itu janganlah mu- suh-musuh itu disalahkan, tetapi salahkanlah diri sendiri yang tidak menjalankan tugas mengawal pokok itu. Demikian satu ibarat yang boleh memahamkan kita bahawa iman sesudah diusaha mencarinya, wajib pula diusa- hakan memagarinya, guna mengawal dari serangan musuh. Tanpa pagar atau benteng yang kukuh dan sempurna, iman sentiasa terancam oleh musuhnya nafsu dan syaitan dan kita akan sentiasa kehilangan iman. Waktu itu janganlah nafsu dan syaitan disalahkan, tetapi salahkanlah diri sendiri yang cuai mendirikan benteng iman. Maknanya dalam Islam, kita tidak sahaja disuruh beribadah dan

Bab 5 Cara Mendapatkan Iman

SETELAH kita tahu tentang iman dan peringkat-peringkatnya, tentu timbul di hati keinginan untuk menambah dan mempertingkatkan iman kita yang sedia ada. Harus disedari bahawa kita dan majoriti umat kita bukanlah orang soleh, jauh sekali bertaraf muqarrobin.. Kita paling tinggi baru berada di peringkat iman ilmu. Kita baru setakat tahu tentang Allah, tidak lagi kenal Allah. Kita sedar Allah itu ada tetapi belum cinta pada-Nya. Akibatnya kita masih derhaka; banyak lagi suruhan-Nya yang kita ingkari, larangan-Nya yang kita langgar. Maka jadilah kita orang-orang yang berdosa. Dan kalau kita mati dalam keadaan begini, ada kemungkinan Allah masukkan ke Neraka dulu. Mendengar Neraka, patutlah timbul ketakutan di hati kita. Masakan mahu dan sanggup kita diazab sedemikian pedih dan hina. Tentu tidak. Jadi eloklah kita berazam kuat dari sekarang untuk sama-sama menyelamatkan diri dan keluarga kita dari api Neraka. Allah pun telah menyarank