Posts

Showing posts from April, 2020

Bab 6 Perkara Yang Merosakkan Iman

Submitted by admin on Sat, 2011-01-01 20:11 Untitled Document SEPERKARA lagi yang perlu kita tahu ialah tentang perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. Tujuannya ialah supaya kita dapat mengelakkan diri dari membuat perkara- perkara tersebut yang boleh merosakkan iman kita. Ada tiga perkara atau tiga cara iman itu boleh rosak: Iktiqad. Perkataan. Perbuatan. 1. Iktiqad Melalui iktiqad, iman boleh rosak dengan sebab-sebab antara yang berikut: Kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Contohnya: Ragu dengan Qudrat (kekuasaan) Allah. Sebaliknya ia yakin bahawa ada kuasa lain yang boleh memberi bekas selain Allah. Ragu dengan perkara-perkara ghaib seperti wujud- nya malaikat, Hari Qiamat, Alam Barzakh, gyurga, Neraka dan lain-lain seumpamanya. Ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat nabi dan rasul. Ra