Bab 8 Sifat Sifat Orang Mukmin

SETELAH kita bincangkan iman dari segala aspeknya, sebagai kesimpulan biar saya senaraikan serba sedikit tentang sifat-sifat yang ada pada orang-orang mukmin, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Moga-moga dapat kita jadikan garis panduan untuk membina peribadi kita sebagai mukmin yang sebenar.
Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat orang mukmin. Saya akan petik beberapa ayat sahaja untuk dibincangkan. Saya yakin kalau yang sedikit ini dapat kita amalkan, insya-Allah yang banyak lagi akan mudah jadinya. Tetapi kalau yang sedikit ini pun tidak teramal, maka yang lain-lain lagi akan bertambah jauh.
Firman Allah SWT:
Terjemahan: Sesungguhnya heruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang. Dan menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal itu, tiada tercela. Maka barang siapa mencari di balik itu, mereka itulah orang yang meiampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janjinya. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. (Al Mukminun: 1-9)
Dalam ayat di atas Allah menyebut tujuh sifat yang menjadikan orang-orang mukmin itu menang dan beruntung. Maknanya kalau ketujuh-tujuh sifat itu ada pada kita, ber- gembiralah kerana kita telah beroleh kejayaan dan keuntungan yang sebenar. Sifat-sifat itu ialah:

1. Beriman

Iman yang dimaksudkan di sini ialah iman yang sempurna. Tentang iman yang sempuma telah diterangkan secara terperinci dalam Bab 2 buku ini.

2. Khusyuk Dalam Sembahyang

Ramai orang sembahyang tetapi tidak semua yang khusyuk. Untuk mengetahui khusyuk tidaknya kita dalam sembahyang, ada satu kayu pengukur yang Allah berikan dengan firmanNya:
Terjemahan: Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (Al Ankabut: 45)
Kalau kita masih membuat perbuatan-perbuatan yang kotor dan jahat, iaitu segala sesuatu yang dilarang Allah, maka kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak khusyuk. Kalau begitu, malanglah kita, Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja. Telah berjanji Ia dengan firman:
Terjemahan: Neraka Wail bagi orang-orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya (tidak khusyuk). (Al Maaun: 4-5)
Dengan ayat ini jangan pula kita menganggap Allah itu kejam. Sebenamya itulah keadilan Allah. Yang kejam dan yang selalu menzalimi diri kita ialah kita sendiri. Tujuan sebenar kita datang ke dunia ialah untuk menyembah Allah. Terjemahan: Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku. (AZ Zaariat: 56)
Begitu panjang masa Allah berikan kepada kita, yang kalau kita gunakan masa itu untuk belajar dan mendidik hati supaya khusyuk, tentu sudah dapat, tetapi tidak begitu; umur habis digunakan untuk belajar ilmu lain sahaja. Kita begitu fasih berbahasa Inggeris, tetapi buta dengan bahasa Al Quran, bahasa sembahyang, bahasa yang boleh mendekatkan kita dengan agama, dengan Allah dan Rasul. Siapa yang salah? Masa masih ada, peluang masih terbuka. Cubalah usahakan supaya khusyuk dalam sembahyang dengan melakukan perkara-perkara berikut:
  1. Yakin dengan Allah (sebagai Tuhan yang kita sembah).
  2. Cinta pada Allah.
  3. Faham semua maksud bacaan dan perbuatan dalam sembahyang.
  4. Elakkan makan dan minum barang-barang yang haram atau makruh atau syubhat (supaya hati tidak gelap).
  5. Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berfaedah (tidak berguna).
Semua perbuatan dan perkataan yang melalaikan kita dari Allah adalah tidak berguna. Bercakaplah berapa jam yang kita mampu, tetapi mestilah berfaedah dan tidak melalaikan kita dari Allah. Rasulullah memberi panduan dalam bercakap dengan sabda baginda yang bermaksud: Sebaik-baik perkataan ialah sedikit dan bermanfaat. Tidaklah bermakna hingga tidak boleh bercakap tetapi elakkan dari berbual kosong dan lebih-lebih lagi jangan gunakan mulut untuk memperkatakan perkara-perkara yang diharamkan.
Dalam segi perbuatan pula, elakkan dari perbuatan yang sia-sia dan melalaikan seperti main terup, main bola, badminton, gasing, wau dan lain-lain seumpamanya. Semua permainan ini sudahlah tidak mendatangkan apa-apa keuntungan duniawi, menambahkan pula lalainya kita dari Allah. Maka eloklah ditinggalkan.

3. Menunaikan Zakat

Harta kita sebenarnya hak Allah. Jadi janganlah cinta kita pada harta melebihi cinta kita pada Allah. Ertinya, atas perintah Allah, keluarkanlah sebahagian daripada harta itu untuk diberikan pada saudara-saudara kita yang sangat memerlukan.

4. Menjaga Kemaluan

Ertinya tidak berzina. Selain isteri-isteri, perempuan adalah haram (begitu juga selain suami, lelaki adalah haram). Berzina dalam Islam bukan sahaja kerana melakukan hubungan seks, tetapi ada zina mata, telinga, hidung dan lain-lain. Satu pandangan yang membangkitkan nafsu adalah zina mata. Satu pendengaran yang merangsangkan nafsu juga zina. Begitu juga bau-bauan yang memberahikan, adalah zina. Zina-zina ini dinamakan zina kecil. Zina-zina inilah yang membawa kepada zina besar. Sebab itu dalam Islam diharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Sebab sosial liar itulah yang memungkinkan manusia berzina kecil dan besar.

5. Memelihara Amanah dan Janji

Selain daripada amanah dan janji dengan manusia, kita semuanya sedang memegang amanah dan janji dengan Allah. Setiap kali mendirikan sembahyang kita berjanji dengan Allah:
Terjemahan: Katakan sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (Al An'am: 162)
Sudahkah kita tunaikan janji itu sepenuhnya? Kalau belum, takutilah hati ketika Allah akan menuntut janji-janji kita ini. Tubuh badan kita, isteri, anak-anak, harta .dan semua yang sedang kita miliki adalah amanah Allah yang dipikulkanNya kepada kita. Akan tiba satu hari, Allah akan tarik kembali semua amanah itu dan kita akan ditanya; mata untuk apa digunakan? Mulut bagaimana dilakukan? Harta ke mana dihabiskan? Isteri, apa yang diberikan? Anak-anak bagaimana diajar dan dididik? Kalau kita amanah, mempergunakan pemberian Allah sesuai sebagaimana yang dikehendaki-Nya, selamatlah kita. Tetapi kalau kita mengkhianati amanah Allah, Nerakalah balasannya.

6. Memelihara Sembahyang

Sembahyang adalah kewajipan kita. Telah Allah tetapkan ia sebanyak lima kali sehari semalam. Kalau dapat dipelihara kelima-limanya, dengan cara mengerjakannya dengan sempuma, di awal waktu, teratur, tetap, berjemaah dan istiqamah maka itulah sebaik-baiknya. Sebaliknya kalau sembahyang tidak dipelihara, tidak teratur, kadang-kadang tertinggal, kadang-kadang awal kadang-kadang akhir, terbiar, ikut jadi dan tidak sempuma, maka itulah orang yang cuai dan lalai.
Di akhir ayat tadi, Allah berfirman:
Terjemahan: Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yakni yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al Mukminun: 10-l 1)
Dengan tujuh sifat yang Allah senaraikan tadi, seseorang akan dapat masuk ke Syurga Firdaus, Syurga yang tertinggi yang kelazatannya tiada tandingannya. Sesungguhnya kita tidak layak untuk memasuki Syurga Firdaus, kita masih berdosa. Iman kita belum sempuma. Tetapi masakan kita tahan dengan seksa api Neraka? Tentu tidak. Oleh itu perlulah diperjuangkan sungguh-sungguh agar kita selamat. Pohon kasihan belas dari Allah untuk membantu kita mencapai apa yang diperintahkan-Nya itu.
Terjemahan: Sesungguhnya orang yang benar- benar beriman itu ialah mereka yang apabila disebut 'Allah', gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan, mereka bertawakal. (Al Anfal: 2)
Apa yang ditekankan dalam ayat ini ialah keadaan hati orang-orang yang mukmin. Hati yang takut dan tawakal pada Allah. Orang mukmin tidak takut pada manusia dan sebarang makhluk; tidak takut dicaci, dibenci, diancam atau dihukum. Yang mereka takut ialah kebencian, kemurkaan dan hukuman Allah. Pada mereka tidak mengapa orang caci atau benci asalkan Allah tidak benci. Biarlah manusia hukum, asal Allah tidak hukum. Kesakitan dari hukuman manusia tidaklah sehebat dan sesakit hukuman dari Allah. Orang mukmin juga tidak menyandar nasib diri pada manusia atau pada harta tetapi pada Allah. Mereka tidak bimbang apa akan jadi esok, dan di hari tua. Allah ada. Allah akan aturkan sebaik-baiknya. Mereka cukup yakin dengan firman Allah:
Terjemahan: Jika kamu tolong Allah, nescaya Dia akan tolong kamu. Dan Dia akan menetapkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)
Kerana yakin dengan pertolongan Allah, mereka tidak bimbang untuk berjuang menegakkan hukum Allah; tidak takut miskin, tidak takut kalah dan tidak takut mati. Lebih jauh daripada itu, orang-orang mukmin sangat cinta pada Akhirat, lebih daripada cinta pada dunia. Sebab itu kesusahan dunia tidak mencacatkan hati mereka. Malah mereka sanggup susah di dunia dari susah di Akhirat. Susah di dunia kerana menegakkan perintah Allah, akan Allah gantikan dengan kesenangan Syurga di Akhirat. Itulah harapan mereka. Firman Allah:
Terjemahan: Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, "Kami dengar dan kami taat." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (An Nur: 51)
Sehubungan dengan ayat ini Allah SWT berfirman:
Terjemahan: Tidaklah patut orang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu perintah, masih mereka mahu memilih-milih (yang ada kepentingan) pada urusan mereka. Ingatlah siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dengan kesesatan yang nyata. (Al Ahzab: 36)
Kedua-dua ayat ini menunjukkan orang mukmin sangat patuh pada perintah Allah. Dengar sahaja satu perintah, pasti dilakukan. Kadang-kadang suruhan atau larangan itu bertentangan dengan keinginannya tetapi tetap ditaati. Berat atau ringan bukan soal. Yang penting supaya mendapat keredhaan Allah dan menjauhi kemurkaan-Nya.
Di sini saya bawakan satu cerita yang boleh menggambarkan pada kita bahawa bagi orang mukmin, perintah Allah walaupun bertentangan dengan keinginannya, pasti ditaati. Hatim al Assam suatu hari berziarah ke rumah tuan mufti di daerahnya. Sesampainya di rumah itu, didapati rumah itu besar, penuh dengan segala kelengkapan dan perhiasan yang bukan keperluan dan membazir. Beliau segera teringat pada firman Allah:
Terjemahan: Dan janganlah kamu membazir. Bahawasanya orang-orang yang membazir itu adalah daripada golongan syaitan dan syaitan itu sangat kufur pada Tuhan. (Al Isra': 26 - 27)
Kerana itu berazamlah Hatim untuk mengingatkan tuan mufti tentang keterlanjuran itu. Dengan penuh hikmah dan bijaksana Hatim pun bertindak. Semasa sama-sama mengambil wudhuk, Hatim sengaja membasuh semua anggotanya sebanyak empat kali, lebih dari sepatutnya. Ini telah menarik perhatian tuan mufti sehingga mufti itu berkata: "Kenapa saudara melebihkan basuhan anggota wudhuk saudara? Bukankah itu makruh dan membazir namanya?"
Mendengar itu Hatim tersenyum dan berkata: "Membazir sedikit air pun Islam tidak benarkan. Apalagilah membazir beribu-ribu ringgit untuk sebuah rumah dengan segala perhiasan yang tidak berguna, tentulah Islam tidak benarkan. Tuan, saya bimbang tuan akan dimurkai Allah kerana melakukan pembaziran yang sebegini besar."
Begitu sikap Hatim, seorang mukmin yang sebenar, mengingatkan saudaranya supaya sama-sama mentaati perintah Allah. Bukan ertinya Hatim tidak ingin pada rumah besar dengan kelengkapan yang mewah, tetapi dia melawan keinginannya kerana mematuhi perintah Allah. Hatim mengorbankan dunianya untuk kepentingan Akhirat. Itulah sikap mukmin yang sebenar.
Kita lihat pula Hadis yang menerangkan sifat orang mukmin yang sebenar.
Terjemahan: Tidak dianggap sempurna iman seseorang hinggalah aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada anaknya, bapanya dan manusia yang lain. (Riwayat: Al Bukhari)
Cinta adalah pengorbanan. Tidak dinamakan cinta kalau tidak ada pengorbanan untuk yang dicintai. Menyintai Allah dan Rasul-Nya bererti sanggup berkorban untuk-Nya. Dan bukti cinta pada kedua-duanya melebihi yang lain-lain ialah kita sanggup mengorbankan yang lain-lain untuk dan kerana kedua-duanya. Kalau tidak begitu, belumlah kita dikatakan melebihkan cinta pada Allah dan Rasul daripada yang lain- lain.
Katalah isteri menghalang kita dari berdakwah dan kita pun ikut. Waktu itu cinta pada isteri melebihi cinta kita pada Allah dan Rasul. Atau anak buat maksiat dan kita biarkan. Maka waktu itu anak lebih dicintai dari Allah dan Rasul-Nya. Atau kita sendiri masih terlibat dalam sistem riba, maka kita sebenarnya masih menyintai dunia lebih dari Allah dan Rasul-Nya.
Demikianlah bahawa kalau ada sesuatu kepentingan selain Allah dan Rasul-Nya yang kita utamakan (hingga membelakangkan perintah keduanya) maka belumlah kita menyintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain-lain, Dan kalau begitu, kita sebenarnya sedang berada dalam kemurkaan Allah. Firman Allah:
Terjemahan: Katakanlah, "Jika bapa-bapa, anak- anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya, dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik. (At Taubah: 24)
Untuk menyintai Allah dan Rasul-Nya kita kenalah mengenalinya terlebih dahulu. 'Tak kenal maka tak cinta' kata pepatah Melayu. Cara untuk mengenali Allah dan Rasul-Nya tidak lain melainkan dengan menuntut ilmu tentang kedua-Nya, yakni ilmu Tauhid. Setelah kita tahu akan kehebatan Allah dan terasa pula bahawa Allah yang menjadikan kita, memelihara kita, memberi makan .dan pakai, memberi sihat dan pandai, memberi jawatan dan kemasyhuran dan memberi semuanya yang sedang menjadi milik kita, tentu akan meresap ke hati rasa kehambaan dan kecintaan pada Allah. Rasul pula, dialah yang bertungkus-lumus mati-matian berjuang untuk menyampaikan kebenaran itu pada kita. Kerana jasa dan cintanya pada kitalah kini kita dapat menikmati nikmat Islam dan iman.
Terjemahan: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. (At Taubah: 128)
Kalau Rasul begitu kasih dan cinta pada kita, apakah tidak tergerak di hati kita untuk mengasihi dan menyintainya pula? Sesungguhnya tidak ada manusia lain di dunia ini yang dapat memberi kasih sayang sebagaimana kasih sayang yang telah dibuktikan oleh Rasul kepada kita. Oleh itu, sangat munasabahlah bagi kita untuk berkorban membuktikan kasih kita pada Rasul itu, dengan pengorbanan yang lebih besar daripada apa yang telah kita berikan kepada manusia lain. Hanya dengan cara itulah sahaja baru terbukti bahawa kita menyintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain. Bersabda Rasulullah SAW:
Terjemahan: Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia menyintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri. (Riwayat: Al Bukhari)
Semua orang-orang Islam adalah saudara kita. Allah sendiri mengiktirafkan ini dengan firman-Nya yang bermaksud:
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. (Al Hujurat: 10)
Sebagai saudara hendaklah kasih-mengasihi dan cinta menyintai. Jangan ada hasad dengki dan buruk sangka. Pandanglah manusia lain sebagaimana kita memandang diri kita sendiri. Kalau kita suka dihormati, orang lain juga suka begitu. Kalau kita tidak mahu dicaci-maki, orang lain juga tidak suka begitu.
Oleh itu hormatilah orang lain, dan usah dicari kekurangannya untuk diumpat dan dicaci. Kalau kita suka mencaci orang, orang lain pula akan suka mencaci kita, kerana sebenarnya kita pun ada kelemahan dan kekurangan sebagaimana orang lain juga ada kekurangan dan kelemahannya. Tidak ada seseorang pun daripada kita yang tidak bersalah. Oleh itu perlu apa caci-mencaci dan dengki-mendengki. Tidak ada sedikit pun kebaikan yang diperolehi, yang ada ialah bertambah-tambahnya kebencian dan kemurkaan Allah pada kita. Begitulah maksudnya yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW:
Terjemahan: Sesiapa yang tidak mengasihi sesama manusia, tidak akan dikasihi ia oleh Allah. (Riwayat: At Tarmizi)
Dan kalau Allah tidak kasih, Nerakalah habuan kita. Apakah kita tidak takut dengan api Neraka lalu masih berani menggunakan mulut untuk mencaci-maki dan berhasad dengki pada hamba-hamba Allah yang lain? Sepatutnya kita memiliki hati yang sudi bergembira di atas kejayaan orang lain dan sanggup bersusah kerana bersama kesusahan orang lain. Itulah erti sahabat dalam pengertian yang seb
  1. Kalau kita salah, dinasihati penuh kasih sayang.
  2. Kalau kita tegur kesalahannya pula, diterima dengan baik.
  3. Semua kebaikan kita diikuti dan rahsia kita disimpan.
Dengan memenuhi tiga perkara di ataslah maka para Sahabat-Sahabat Rasulullah telah berjaya merakamkan sejarah gilang-gemilang yang patut kita banggakan hingga kini. Saya petik suatu kisah yang berlaku di zaman Sahabat semasa pemerintahan Sayidina Umar Ibnu Khattab; buat menunjukkan suasana hati manusia-manusia waktu itu dan bentuk kehidupan yang telah mereka lalui.
Seorang pemuda bernama Hassan keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama mcnunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.
Setelah sedar dari tidumya didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan. "Pakcik yang membunuhnya," kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu, "Tetapi bukan sengaja," sambung orang tua itu lagi. "Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati." Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenamya.
Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.
Sayidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:
"Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibu bapa saya, anak isteri dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya."
Sayidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab,"Tidak. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini."
Hassan merayu lagi, "Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu kepulangan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini."
Sekali lagi Sayidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, "Tidak," katanya.
Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, "Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum." Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu (Abu Zar), Sayidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh akan datang.
Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, "Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat." Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia. Di pertengahan jalan tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat. Di padang tempat hukuman hendak dijalankan kerana kelewatan Hassan semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.
Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik: "Allahu Akbar! Allahu Akbar!"
Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujumya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.
Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, "Demi Allah, saya tidak bemiat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim." Kemudian katanya lagi, "Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat." Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhimya, Hassan berdoa: "Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat."
Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi, pada saat yang genting itu tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata: "Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin." Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan: 'Allahu Akbar! Allahu Akbar!" Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat. Insya Allah.
Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian. Kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa "sahabat" dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka.
Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang manusia di zaman Sahabat telah menempah satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai sebagai sifatnya. Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah takdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga peluang ini kita gunakan sebaik-baiknya untuk menurut jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai untuk turut menikmati kejayaan dan kenikmatan yang telah dan sedang mereka kecapi.
Terlalu banyak Hadis-Hadis yang menunjukkan pada kita segala ciri-ciri manusia mukmin yang sebenar. Saya kira kalau semua Hadis itu hendak disalin dan dibincangkan di sini, tentulah pula tidak sesuai dengan tajuk buku ini. Oleh itu biar saya ringkaskan maksud sebahagian daripada hadis-hadis itu. Rasulullah SAW mengajarkan:
  • Hubungkan tali persaudaraan kalau saudaramu itu memutuskannya. Berlaku baikl.ah terhadap orang yang tidak menyukaimu. Kata-katamu hendaklah sentiasa benar, kalau diam, diammu itu hendaklah berfikir, memikirkan Tuhanmu dan apa yang telah diciptakan-Nya.
  • Hendaklah manusia itu hidup dengan usaha sendiri, berniaga atau bertukang dan lain-lain. Nabi pemah berkata pada seorang peminta sedekah supaya ia pergi mencari kayu di hutan dan dijualnya datipada ia meminta-minta hingga hilang maruah kemanusiaannya.
  • Tuhan akan memberi berkat-Nya pada sesiapa yang bersungguh-sungguh, dan di Akhirat akan diberiNya pahala, terutama pada orang yang berjuang menegakkan kebenaran agama-Nya.
  • Menuntut ilmu pengetahuan yang hak adalah jihad, memperkatakannya adalah zikir, membincangkannya adalah khusyuk pada Tuhan dan mengajamya adalah derma dan pengorbanan. Sebab ilmu pengetahuan adalah alat yang boleh melepaskan manusia dari keragu-raguan, yang dapat mendekatkan manusia dengan Allah.
  • Katakanlah yang benar sekalipun mengenai diri sendiri. Tepatilah janji kalau engkau berjanji. Pulangkan amanah pada yang empunyanya, jangan sekali-kali khianat. Lawanlah keinginanmu kalau ia mengajak menyimpang dari syariat. Jangan hasad dengki, cucilah mulut dan tanganmu dari kekotoran hasad dengki dan penganiayaan sesama manusia. Haram bagimu menyiarkan cacat saudaramu, haram juga mencungkil-cungkil rahsia dan noda yang dilakukan oleh orang lain.
  • Gembirakanlah orang yang dukacita. Bantulah orang yang kesusahan. Ringankanlah orang yang berhutang. Kerana orang yang meringankan berat saudaranya Tuhan akan meringankannya di Hari Qiamat.
  • Manusia yang dicintai Allah ialah orang yang banyak memberi kebaikan pada orang lain. Sebab dalam pandangan Allah, manusia ini sama sahaja kecuali orang-orang yang taqwa dan lebih kebaktiannya sesama manusia. Berilah makan orang yang lapar. Berilah minum orang yang kehausan. Ziarahilah orang yang sakit dan maut. Dan beradab sopanlah dengan semua lapisan manusia.
  • Segala amalan yang baik adalah derma dan sedckah. Memberi senyuman pada manusia adalah sedekah. Nasihat yang baik adalah hadiah. Menunjukkan jalan pada yang tidak tahu adalah pengorbanan. Dan membuang duri daripada jalan adalah pemberian yang mahal.
Itulah ringkasan sebahagian dari maksud sabda Rasulullah SAW. Semuanya adalah tunjuk ajar yang baik, yang mana kalau ada orang yang dapat melaksanakan semua ajaran baginda itu, akan jadilah dia mukmin yang sebenar. Dan kalau apa yang dikehendaki oleh baginda Rasulullah SAW ini dapat diamalkan dalam sebuah keluarga maka jadilah keluarga itu keluarga mukmin. Seterusnya kalau ajaran Rasulullah ini dapat diserapkan ke dalam masyarakat, akan jadilah masyarakat yang mukmin. Individu, keluarga atau masyarakat yang mukmin adalah manusia-manusia yang sempurna, yang akan berjaya dan bahagia di dunia dan Akhirat. Menilik ke dalam diri sendiri dan anggota masyarakat manusia kini. kita tentu belum menjadi mukmin sebagai yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.
Oleh itu perlulah diusahakan agar kita dapat mencapainya dengan cara-cara dan langkah-langkah yang lelah ditunjukkan oleh Rasulullah, yang mana serba sedikit telah saya bentangkan dalam buku ini, sebelum tajuk ini. Semoga Allah merestui usaha kita itu dan semoga diizinkan-Nya untuk kita mencapai apa yang diperintahkan-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 4 Peringkat peringkat Iman

Bab 3 Kepentingan Iman

Bab 6 Perkara Yang Merosakkan Iman