Bab 2 Takrif Iman
IMAN pada loghah (bahasa yang biasa digunakan hari-hari) bererti percaya. Sebab itu orang yang beriman dikatakan orang yang percaya. Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Tidak ada huraian tentang apakah cara dan syarat percaya itu. Yang kedua takrif iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti disabdakan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
Cuba kita lihat apa jadi pada seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat beriman itu:
Allah menerangkan ciri-ciri orang munafik dengan firman-Nya:
Apabila seseorang mengucapkan kalimah ini, jadilah ia seorang Islam. Tetapi ia belum boleh dikatakan beriman, walaupun ia sembahyang, puasa, zakat dan haji. Ini diberitahu sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Mengerjakan semua yang disuruh dan meninggalkan semua yang dilarang bukanlah satu sikap yang senang diperolehi. Ia hanya mungkin ada pada seseorang yang dua kalimah syahadatnya difahami dan diyakini sungguh-sungguh serta semua tuntutan-tuntutannya dihayati untuk dilaksanakan sepenuhnya. Di antara tuntutan-tuntutan dari kalimah syahadat itu ialah:
Terjemahan: Siapa yang. mengucapkan "Laa ilaha ilallah" masuk Syurga
Jaminan Syurga ini ialah apabila ucapan kalimah syahadah yang diucapkan diiringi oleh keyakinan yang waja, jiwa taqwa dan tindakan menunaikan semua tuntutan-tuntutan yang terdapat di dalamnya.
Dalam suatu Hadis, Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:
Terjemahan: Iman ialah mengenal dengan hati diucapkan dengan lidah dun mengamalkan dengan jasad (anggota lahir). (At Tabrani)Dengan Hadis itu kita diberitahu bahawa iman ialah keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diucapkan dengan mulut (lidah) dan dibuktikan dengan amalan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempuma. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, mungkin fasik, munafik atau kafir.
Cuba kita lihat apa jadi pada seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat beriman itu:
- Seseorang yang mengucapkan " Laa ilaha ilallah" dan yakin dengannya, tetapi tidak beramal atau amalannya tidak sempur na sebagaimana yang dikehendaki adalah mukmin yang fasik atau mukmin asi (derhaka). Di Akhirat nanti tempatnya di Neraka, Cuma oleh kerana imannya yang sedikit itu sah, maka ada juga peluang untuknya ke Syurga, yakni sesudah teruk kena seksa.
- Seseorang yang yakin, tetapi tidak mahu mengikrarkan " Laa ilaha ilallah" sama ada beramal atau tidak, adalah seorang kafir. Ada juga qaul yang memfasikkan sahaja, tetapi menu rut qaul yang lebih jelas, ia adalah kafir. Matinya tidaklah boleh dikuburkan di tanah perkuburan Islam, dan di Akhirat nanti akan kekal terseksa dalam Neraka.
- Seseorang yang mengucapkan tiada Tuhan melainkan Allah kemudian beramal dengan tuntutannya (sedikit atau banyak) tetapi keyakinannya dicelahi oleh keragu-raguan adalah orang munafik. Ragu-ragu di sini bukan sahaja pada Allah, tetapi mungkin pada Rasul, malaikat, kitab, Hari Qiamat atau qadha dan qadar.
- Ragu tentang kerasulan salah seorang dari nabi dan rasul yang wajib diimani. Katalah bila dikaji riwayat hidup Nabi Ayub a.s. dia ragu-ragu tentang kenabiannya. Waktu itu walau sebanyak mana pun ucapan tiada Tuhan melainkan Allah dan amalan-amalannya, tetaplah ia sebagai munafik.
- Ragu tentang kebenaran satu dari ayat-ayat Quran. Katalah di dalam ayat berikut:
Terjemahan: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, akan Allah lepaskan dari kesusahan hidup dan diberi-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga (At Thalaq: 2-3)
Ketika dia membacanya, dia jadi ragu. "Mana boleh," katanya, "rezeki mesti dicari dengan ikhtiar dan usaha, dia tidak. datang sendiri, secara tidak diduga. Ini mungkin bukan ayat Quran!" Kalau begitu, dia termasuk dalam golongan munafik, walaupun dia mengucap dua kalimah syahadat dan beramal dengannya. - Ragu-ragu tentang qadha dan qadar dari Allah. Misalnya satu hari anaknya mati dilanggar kereta. Dengan sedih dan marah, terlintas di hatinya, "Kalau tidak kerana kereta ini, tentu anak aku tidak mati." Kalau keyakinannya tidak dibaharui dan tidak bertaubat, tetaplah ia sebagai munafik. Kita kiaskanlah dalam soal-soal yang lain. Saya ingin mengulangkan di sini bahawa keragu-raguan itu mungkin dalam bentuk jahil, syak, dzan atau waham. Dan hukum munafik ini jatuh pada orang yang ragu-ragu tetapi telah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Allah menerangkan ciri-ciri orang munafik dengan firman-Nya:
Terjemahan: Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum dan apabila mereka berkata, kamu (tertarik) mendengar perkataan mereka (namun demikian) mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar (yakni tidak memahami kebenaran). Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka, mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka, semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)? (Al Munafiqun: 4)Justeru itu di Akhirat nanti Allah akan menimpakan pada munafik seksaan yang pedih. Firman-Nya:
Terjemahan: Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al Baqarah: 204)
Terjemahan: Khabarkanlah pada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (An Nisa: 138)Demikian Allah hinakan orang-orang munafik, lebih hina dari orang kafir sendiri, iaitu orang yang tidak pemah mengucap dua kalimah syahadah, tidak percaya langsung di hati, dan juga beramal, adalah orang kafir, iaitu kafir jati. Di Akhirat kelak selama-lamanya dalam Neraka. Firman Allah:
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (An Nisa: 145)
Terjemahan: Sesungguhnya binatang-binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang kafir kerana mereka itu tidak beriman. (Al Anfal: 55)Sekarang biar saya terangkan pula di manakah titik tolak atau garis sempadan yang menjadikan seseorang itu beriman atau tidak. Untuk itu kita ikuti apa yang diriwayatkan:
Terjemahan: Daripada Umar Al Khattab r.a. berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di samping Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul seorang lelaki di hadapan kami yang pakaiannya terlalu putih dan rambutnya terlalu hitam, tidak terdapat padanya tanda-tanda orang yang bermusafir tetapi tidak seorang pun daripada kami mengenalinya. Dia mendekati Nabi SAW, dengan duduk menyandarkan lututnya bertemu dengan lutut Rasulullah dan kedua tapak tangannya diletakkan ke atas kedua peha Rasulullah. Dan dia terus bertanya: "Wahai Muhammad, khabarkan padaku mengenai Islam."Dari dialog yang berlaku kita difahamkan bahawa sempadan bagi Islam atau tidaknya seseorang adalah pada kalimah: "Syahadat" (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah).
Maka Rasulullah SAW bersabda, "Islam ialah kamu mengucapkan pengakuan (syahadah): dan kamu dirikan sembahyang, dan kamu keluarkan zakat dan kamu berpuasa (dalam bulan) Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah jika berkemampuan ke sana." 'Benarlah kamu," Kata-katanya itu menghairankan kami kerana dia yang bertanya dan dia juga yang membenarkannya.
Dan seterusnya dia bertanya lagi, "Khabarkan padaku mengenai iman." Rasulullah bersabda,"Bahawa kamu beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Akhirat dan ketentuan baik dan buruknya (qadha dan qadar) dari Allah." "Benar," dia mengakuinya dan bertanya lagi: "Khabarkan padaku apa itu ihsan?" Rasulullah berkata, "Ihsan ialah kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya, jika tidak sesungguhnya Dia sentiasa memerhatikan kamu. "
"Benar," jawab lelaki itu.
Tanyanya lagi, "Ceritakan padaku mengenai Hari Qiamat?" Rasulullah menjawab, "Orang yang ditanya mengenainya tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. " "Kalau begitu terangkan kepadaku tanda-tandanya." Baginda bersabda,"Ketika hamba-hamba melahirkan tuan-tuannya dan kamu dapat melihat mereka yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan melarat bagaikan pengembala kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan (mewah)." Kemudian itu dia pun beredar dan kami pun terdiam tidak terkata apa-apa. Lalu baginda bersabda, "Apakah kamu kenal siapa yang bertanya itu?" Aku berkata: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda menjelaskan, "Dialah Jibrail, yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu mengenai agama."
(Riwayat Muslim)
Apabila seseorang mengucapkan kalimah ini, jadilah ia seorang Islam. Tetapi ia belum boleh dikatakan beriman, walaupun ia sembahyang, puasa, zakat dan haji. Ini diberitahu sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Terjemahan: Orang Arab Badwi itu berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah (pada mereka), "Kamu belum beriman." Tetapi kamu katakanlah, "Kami telah tunduk (Islam)," kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Hujurat: 14)Ayat ini Allah wahyukan kepada Rasulullah ketika beberapa orang Arab Badwi datang kepada Rasulullah dan mengatakan, "Kami telah beriman," hanya kerana telah mengucapkan "Laa ilaha ilallah" dan melakukan amalan-amalan yang diperintahkan. Dari ayat ini bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa:
- Seseorang Islam belum tentu beriman, tetapi seseorang yang beriman sudah tentu Islam.
- Islam boleh dikenali dengan amalan-amalan lahir, tetapi iman ialah amalan hati (batin).
Terjemahan: Sesungguhnya orang yang sebenarnya beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang- orang yang benar. (Al Hujurat: 15)Untuk menjadi orang yang beriman, ucapan itu mestilah dipelajari maksud dan tuntutannya, kemudian difahami, diyakini (tanpa ragu) dan dihayati untuk diamalkan. Keraguan seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah sama ada tentang maksud kalimah itu atau tentang lain-lain rukun iman boleh berlaku dengan empat bentuk:
- JAHIL - Seseorang yang tidak tahu tentang satu atau banyak persoalan-persoalan iman.
- SYAK - Keyakinan 50%, keraguan 50%.
- DZAN - Keyakinan 75%, keraguan 25%.
- WAHAM - Keyakinan 25%, keraguan 75%.
Mengerjakan semua yang disuruh dan meninggalkan semua yang dilarang bukanlah satu sikap yang senang diperolehi. Ia hanya mungkin ada pada seseorang yang dua kalimah syahadatnya difahami dan diyakini sungguh-sungguh serta semua tuntutan-tuntutannya dihayati untuk dilaksanakan sepenuhnya. Di antara tuntutan-tuntutan dari kalimah syahadat itu ialah:
- Mengabdikan din hanya pada Allah. Amalan-amalan dalam hidup sehari-hari kecil atau besar, penting atau tidak, semuanya dijadikan ibadah pada Allah dengan memenuhi lima syarat berikut:
- i. Niat mesti betul (kerana Allah)
- ii. Perlaksanaan mesti betul (mengikut syariat)
- iii. Perkara yang dibuat sah menurut Islam
- iv. Natijah betul (untuk Allah)
- v. Tidak meninggalkan perkara asas seperti sembahyang, puasa dan lain-lain.
- Tiada yang diredhai sebagai Tuhan melainkan Allah.
- Tiada yang ditakuti melainkan Allah.
- Tiada lain yang dicintai lebih dari menyintai Allah.
- Tiada tempat menyerah diri melainkan pada Allah.
Terjemahan: Siapa yang. mengucapkan "Laa ilaha ilallah" masuk Syurga
Jaminan Syurga ini ialah apabila ucapan kalimah syahadah yang diucapkan diiringi oleh keyakinan yang waja, jiwa taqwa dan tindakan menunaikan semua tuntutan-tuntutan yang terdapat di dalamnya.
Dalam suatu Hadis, Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:
Seseorang yang mengucapkan "Laa ilaha ilallah" akan memberi banyak faedah pada orangramai kalau dia menunaikan haknya. Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah hak kalimah itu, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Menegakkan Amar ma'ruf dan nahi munkar"Sesungguhnya kalimah syahadah yang menjadi syarat Islam dan imannya seseorang itu mengandungi erti dan maksud yang luas. Setinggi mana iman seseorang adalah bergantung pada setinggi mana keyakinan dan sebanyak mana tuntutan-tuntutannya ditunaikan. Kalau tinggi keyakinan dan banyak tuntutannya ditunaikan, maka tinggilah imannya. Sebaliknya kalau kurang keyakinan, sedikit pula tuntutannya ditunaikan, maka rendahlah imannya.
Comments
Post a Comment