Bab 3 Kepentingan Iman

SETELAH kita huraikan dengan panjang lebar tentang takrif atau definisi iman, sekarang kita lihat pula apakah pentingnya iman itu pada kita, dan keburukannya pada seseorang yang ketiadaan iman. Allah SWT berfirman:
Terjemahan: Sesungguhnya beruntunglah orang- orang yang membersihkan dirinya (dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya lalu dia sembahyang. Tetapi kamu (orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Al A'laa: 14-17)
Terjemahan: Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya. (Asy-Syams: 9)
Terjemahan: Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang yang khusyuk dalam sembahyang. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka barang siapa mencari lain dari itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, yakni yang akan mewarisi Syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya. (Al Mukmin: 1-11)
Dengan ayat-ayat di atas, Allah SWT sebenamya menjawab pertanyaan bagaimana cara mencari keuntungan atau kebahagiaan dalam hidup iaitu dengan beriman. Ertinya, iman ialah sumber kebahagiaan hidup yang sebenar. Tanpa iman manusia tidak akan mengenal erti kebahagiaan yang sebenamya.
Manusia-manusia hari ini yang hidup berpandukan akal dan nafsu semata-mata, tidak mahu menerima hakikat bahawa imanlah satu-satunya jalan yang dapat membawa kebahagiaan hidup yang hakiki. Sebaliknya mereka telah membuat berbagai-bagai andaian dalam usaha mencari kebahagiaan hidup. Di antara pendapat-pendapat mereka ialah:
  1. Kebahagiaan itu ada pada harta benda dan Wang ringgit. Sebab itu kita saksikan hari ini manusia berlumba-lumba meninggikan taraf ekonomi, menambahkan harta benda dan menimbunkan wang ringgit. Mereka semua impikan rumah besar, kereta menjalar, televisyen warna, kerusi empuk, pinggan mangkuk mewah, peti ais dan lain-lain peralatan yang mewah dan moden. Pada mereka itulah simbol kebahagiaan yang tidak boleh tiada.
  2. Kebahagiaan itu ada pada pangkat darjat dan kemasyhuran. Sebab itu dapat kita saksikan hari ini manusia bertolak-tolak untuk naik dan untuk terkenal. Ada sahaja peluang untuk itu, pasti tidak dilepaskan walaupun terpaksa menipu, menindas, khianat, rasuah, merosakkan orang lain dan sebagainya. Yang penting dia mahu dikenali ramai dan disebut sebagai orang yang berjawatan.
  3. Kebahagiaan itu ada pada ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebab itu telah jadi satu tradisi manusia hari ini bahawa hidup adalah untuk mencari ilmu pengetahuan setinggi-tingginya. Siapa yang paling tinggi ilmunya kononnya dialah yang paling bahagia, sebaliknya siapa yang tiada ilmu itulah orang yang paling celaka. Kerana itu manusia telah berkorban sungguh-sungguh untuk ilmu; tenaga, masa, fikiran,
    Wang ringgit dan harta benda habis dibuang untuk tujuan itu. Matlamat mereka ialah membeli sijil, diploma atau ijazah yang kononnya akan menjadi simbol kebahagiaan yang sangat diharap-harapkan.
Demikian tiga contoh yang menunjukkan bahawa manusia hari ini langsung tidak menerima hakikat bahawa imanlah punca kebahagiaan yang sejati. Saya katakan begitu kerana dalam kesungguhan mereka untuk membanyakkan harta atau meninggikan pangkat atau mencari ilmu tadi, mereka sampai mengabaikan perintah dan larangan Allah. Sembahyang yang menjadi tiang agama dan sumber iman itu, telah dilupakan oleh majoriti umat kini yang kebanya kannya sibuk mencari kebahagiaan hidup melalui cara di atas atau yang lainnya. Kalaupun ada yang masih sembahyang hanyalah kerana kebiasaan atau terpaksa, yang mana sembahyang itu tidak lagi berfungsi apa-apa kerana itu kehidupan cara Islam, mereka abaikan dan peraturan-peraturan Islam mereka ketepikan.
Benarkah kebahagiaan itu ada pada wang ringgit atau pangkat darjat atau ilmu pengetahuan? Dan salahkah pula firman Allah yang menjamin kebahagiaan itu ada pada mereka yang beriman?
Untuk menjawabnya, kita lihat sahaja pengalaman-pengalaman yang telah dan sedang berlaku. Di Amerika, negara yang penuh dengan orang-orang kaya, berpangkat dan bijak pandai, makin hari makin ramai yang bunuh diri. Lebih ramai orang masuk ke hospital sakit jiwa daripada yang masuk ke universiti dan kolej di sana. Kenapa? Kenapa orang bunuh diri dan sakit jiwa? Kerana tidak bahagia! Adakah mereka itu orang miskin, rendah dan bodoh? Tidak. Mereka adalah bintang-bintang filem dan penyanyi terkenal, professor, doktor, pegawai-pegawai kerajaan, mahasiswa-mahasiswi dan lain-lain yang semuanya kaya, terkenal dan bijak pandai. Kerana tidak dapat menjawab persoalan hidup yang mencekik, mereka terus merana hingga membawa kepada bunuh diri.
Di negara kita yang segala-galanya masih lemah kini, mungkin kurang sesuai untuk dijadikan bukti bahwa kekayaan, pangkat dan ihnu pengetahuan sebenamya bukan tempat letaknya kebahagiaan hidup. Cuma umat Islam di negara ini boleh dicontohkan sebagai orang-orang yang tertipu kerana kebanyakan kita berkiblat ke barat. Orang barat tidak sembahyang maka mereka pun tidak mahu sembahyang. Kerana kata mereka, "Tak sembahyang pun boleh kaya dan bahagia, buat apa sembahyang?"
Mereka masih menganggap orang-orang barat itu bahagia, sedangkan pada hakikatnya orang-orang barat sekarang sedang mencari ketenangan melalui yoga, hening cipta (meditation), kontrol jiwa dan menganut "agama tabi'i" (nature) iaitu dengan mengambil beberapa minit setiap hari untuk tafakur, mengenang kesalahan diri, menyesalinya serta cuba melupakan semua masalah hidup.
Dan yang anehnya, umat kita ini ada juga yang meniru cara-cara orang barat mencari ketenangan itu dan melupakan sembahyang yang Allah perintahkan, yang bertujuan memberi ketenangan abadi pada manusia.
Umat kita, kerana jahil tentang agama sendiri, turut mencebik mulut kalau kita katakan bahawa kebahagiaan itu terletak pada iman. Sungguh mereka tidak setuju. Kerana pada mereka, seseorang yang beriman bukanlah orang kaya, orang berpangkat atau orang bijak. Dan mereka katakan pula apabila orang itu beriman, tidaklah boleh dia menjadi kaya, berpangkat dan bijaksana. Kerana itu umat Islam kini cukup takut untuk beriman. Padahal Islam maha suci dari apa yang mereka sangkakan.
Allah SWT berfirman:
Terjemahan: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emus dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14)
Allah sendiri menganjurkan dalam firman-Nya:
Terjemahan: Dan tuntutlah kurniaan Allah pada kamu untuk kebaikan Akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. (Al Qisas: 77)
Cukuplah ayat-ayat di atas membuktikan bahawa tidak ada pun dalam Islam suruhan mengenepikan kehidupan dan keperluan duniawi. Allah sendiri yang memasukkan dalam hati hamba-hamba-Nya keinginan kepada wang ringgit, pangkat darjat dan ilmu pengetahuan. Masakan pula Allah mahu menghalang semua keinginan-keinginan itu. Sebenarnya Allah cuma mengingatkan supaya keinginan-keinginan itu disalurkan pada landasan yang sesuai dan baik, sebagaimana yang telah diperintahkan. Dan Allah juga menegaskan bahawa tanpa iman, keinginan-keinginan itu tidak sedikit pun menjamin kebahagiaan hidup.
Sudah menjadi Sunnatullah bahwa kemiskinan itu walau diperangi mati-matian pun tidaklah akan lenyap dari dunia ini. Begitu juga dengan kebodohan, kelemahan, kesusahan, kerendahan dan apa sahaja kekurangan-kekurangan hidup pasti tidak dapat dihapuskan 100% dari muka bumi ini.
Sebab itu Allah yang Maha Mengetahui lagi Pengasih Penyayang itu, tidak mensyaratkan kebahagiaan pada kesenangan dan kemewahan duniawi tetapi kebahagiaan adalah pada iman. Orang kaya atau miskin akan bahagia kalau beriman. Sebaliknya orang kaya pun tidak bahagia kalau tidak beriman, apalagi orang miskin. Demikianlah seterusnya. Orang-orang yang beriman sentiasa tenang. Dia tidak susah kalau berharta, maknanya tidak takut harta itu akan habis atau hilang, tidak juga cemaskan harta itu kalau-kalau tidak bertambah, dan tidak kecewa kalau cita-cita tidak tercapai. Orang yang beriman, tidak juga susah kalau miskin. Dia berusaha dan berikhtiar juga untuk kaya, sebab inginkan kekayaan adalah fitrah, tetapi dia cukup yakin bahawa usaha dan ikhtiar tidak akan memberi bekas kalau tidak dengan izin Allah. Kerana itu dia boleh tenang. Tidak keluh-kesah dan memandang ringan akan ujian itu kerana dia yakin segala yang terjadi adalah pemberian Tuhan, dan tidak akan ada seorang manusia pun, malah seluruh kuasa dunia, yang boleh mengubahnya.
Tersebut suatu kisah, seorang wali Allah bertapa di dalam gua yang terletak berhampiran dengan suatu medan peperangan. Suatu hari, wali Allah itu keluar ke pintu gua dan didapatinya ada seorang manusia terbaring berlumuran darah, betul-betul di hadapan pintu guanya. Dari pakaian orang itu dapatlah si wali mengagak bahawa orang itu ialah askar, yang cedera parah dalam peperangan. Beliau lalu mengangkat pemuda itu masuk ke tempat tinggalnya dan dirawat semampunya. Dengan izin Allah pemuda itu akhimya sedar, sembuh dan sihat. Tinggallah mereka berdua dalam gua itu.
Suatu hari pemuda itu menghampiri si wali itu dan mengajukan soalan:
"Sekian lama saya saksikan bapa, hidup dalam gua yang sunyi ini, jauh dari keseronokan hidup manusia, terlalu miskin dan papa, tiada pula teman, tetapi pada wajah bapa ada ketenangan yang tidak pemah saya saksikan pada manusia-manusia lain. Apakah rahsia hidup bapa?"
Si wali mengangguk-angguk dan bangun dari duduknya sambil berkata, "Mari ikut bapa, kita cari jawapannya." Mereka keluar dari gua dan berjalan menuju ke hutan belantara. Tiba di suatu kawasan, pemuda itu tiba-tiba memegang tangan orang tua itu dan menariknya sambil berkata,"Bapa, kita tinggalkan tempat ini. Saya dapati ada bekas tapak-tapak kaki harimau yang masih baru!" Pemuda itu cemas.
"Jangan takut nak! Mari ikut bapa," si wali tetap tenang."Tidak bapa, tidak!" Pemuda itu menarik tangan orang tua itu dan cepat-cepat mereka berjalan pulang. Di dalam gua orang tua itu berkata:
"Anak begitu takut pada harimau hanya kerana anak ternampak bekas tapak kakinya. Kenapa anak tidak mahu takut pada Allah hanya dengan melihat alam ini? Langit yang tinggi tanpa tiang, bumi yang luas dengan hutan belantara, laut dan sungai, siang dan malam, hujan dan panas dan semua isi bumi ini adalah tanda-tanda wujud dan kuasanya Allah SWT."
Pemuda tadi terpegun mendengamya dan tidak dapat berkata apa-apa. Orang tua itu pun menyambung bicaranya:"Bapa tinggalkan dunia luar yang sibuk itu, hidup dalam gua ini dengan niat mahu mengisi sepenuh masa mengingati dan mengabdikan diri kepada Allah. Bapa mahu bersyukur sebanyak-banyaknya atas nikmat yang Allah kurniakan dan kalau boleh ingin membalas nikmat-nikmat itu dengan menghambakan diri sepenuhnya pada Allah. Ketenangan yang anak saksikan pada bapa ialah lambang kebahagiaan yang bapa rasai kerana dapat berkorban Maha Pemurah dan Penyayang itu."
Pemuda itu akbimya tinggal menetap untuk Allah yang bersama orang tua itu, mencari kebahagiaan melalui hidup yang sederhana tetapi bererti.
Demikian satu contoh bahawa tanpa bantuan harta benda dan wang ringgit pun keimanan yang kuat itu sudah memberi kebahagiaan hidup pada manusia.
Satu contoh lain saya bawakan untuk membuktikan bahawa dengan iman manusia dapat menyelamatkan dirinya di dunia dan di Akhirat, seperti berikut:
Di antara orangramai yang sedang bertawaf mengelilingi kaabah, ada seorang perempuan yang kelihatannya tidak rehat-rehat langsung berjalan tawaf mengelilingi rumah suci itu. Jalannya tunduk dan perlahan, wajahnya tenang dan aman, mulumya tidak berhenti-henti menyebut Allah. Ada seorang lelaki yang memerhatikan keadaan perempuan itu. Kerana kagum dengan sikapnya, lelaki itu pun memberanikan diri untuk bertanya, "Maafkan saya puan, kerana ingin bertanya sesuatu."
Kerana khusyuknya perempuan itu terperanjat dengan teguran itu dan berhenti memerhati orang yang bertanya itu."Apa sebabnya puan tidak letih-letih bertawaf? Puan juga khusyuk sekali. Wajah puan pula menggambarkan ketenangan yang luar biasa."
Kerana melihat kesungguhan orang itu bertanya, perempuan itu pun mendekatinya dan berkata:"Saya sebenamya seorang yang malang. Saya ada suami dan empat orang anak. Tetapi semuanya telah tiada, dijemput Allah kembali pada-Nya. Peristiwa kematian itu berlaku di suatu hari raya korban, suami saya telah menyembelih kambing untuk korban. Perbuatan menyembelih itu diperhatikan oleh anak saya kedua, yang belum begitu cerdik.
"Satu hari, ketika bermain-main dengan adiknya, anak saya telah membaringkan adiknya itu dan disembelihnya sebagaimana ayahnya menyembelih kambing. Memancut-mancut darah adiknya, yang menjerit kesakitan. Dia jadi takut, lalu lari sekuat-kuat hati, meninggalkan adiknya yang hampir mati itu. Suami saya, dalam keadaan kelam-kabut itu mengejar anak yang lari, dengan harapan menyelamatkannya dari tersesat di padang pasir dan dimakan serigala. Lama dari kejadian itu suami dan anak itu tak pulang-pulang. Saya yakin kedua-duanya mati di padang pasir yang kering kontang itu. Namun saya tunggu juga. Berdoa semoga mereka
pulang.
"Suatu hari, kerana kegelisahan dan kesedihan yang makin menjadi-jadi, saya biarkan anak kecil saya yang baru merangkak-rangkak bermain sendiri. Dia tiba-tiba mencapai bekas air panas yang menggelegak. Tertumpahlah air itu menyiram seluruh badannya. Menjerit melolonglah anak itu hingga akhimya mati. Saya hampir-hampir gila.
"Alangkah hebatnya ujian yang menimpa. Anak perempuan saya yang sudah berkahwin, pulang menziarahi adiknya yang mati. Kerana sedih dan terperanjat melihat badan adik yang masak oleh air panas, dia pengsan lalu mati.
"Alangkah sedihnya. Di mana lagi hati nak saya sandarkan? Ke mana hidup nak saya arahkan? Antara keinginan untuk mati dan hidup itu saya bawa hati ke sini, mempersembahkan pada Allah beban yang terlalu berat saya rasakan. Semoga Dia sudi meringankan. Dan sekarang saya tenang. Yang tinggal buat saya di dunia ini untuk dicintai dan dirindui hanyalah Allah. Akan saya habiskan masa yang masih tinggal untuk taat dan berbakti pada Allah semata-mata. Insya-Allah."
"Akuilah saudara bahawa ujian hidup berbagai bentuknya dan datang tanpa diundang. Kalau tiada iman, manusia pasti karam dan tenggelam serta mati lemas di dalamnya."
Perempuan itu kemudian pergi meneruskan ibadahnya, meninggalkan lelaki itu menyapu air mata kesedihan.
Satu contoh lagi saya bawakan untuk menunjukkan bahawa dengan iman banyak dari masalah hidup ini dapat diselesaikan. Seorang suami yang ingin melihat isteri-isterinya hidup dalam ketenangan telah memanggil isteri-isterinya itu mengelilinginya dan berkata: "Usahlah kamu semua berlumba-lumba untuk mendapat kasih sayang aku. Kerana kalaupun aku mengasihi kamu, tidaklah dapat aku memberi apa-apa kepada kamu selain daripada apa yang diizinkan Allah padaku. Tapi berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan kasih sayang Allah. Kerana apabila Allah mengasihimu, Dia akan menjadikan aku dan seluruh makhluk langit dan bumi turut mengasihi kamu. Dan waktu itu, bukan saja aku, tetapi 'dunia' ini ada dalam genggaman kamu."
Perempuan adalah manusia yang sangat halus perasaannya dan cukup sensitif. Maka perasaannya sangatlah mudah dimainkan dan mudah dirosakkan. Lebih-lebih lagilah kalau mereka dimadukan, akan mudahlah perasaan itu terhiris dan kesakitan. Penawar yang hanya mungkin dapat melegakan kesakitan ini ialah iman, yang terangkum dalam kata-kata si suami di atas. Dan kalau ubat itu tidak diperolehi, tidak akan ada satu doktor pun di dunia ini yang dapat menyelamatkan perempuan itu dari serangan penyakit jiwa yang dahsyat.
Dengan contoh-contoh di atas dan lain-lain cerita hidup manusia yang sering kita dengar, saya tegaskan sekali lagi bahawa imanlah satu-satunya kekuatan yang boleh menjamin bahagia hidup untuk manusia, di dunia dan Akhirat. Tanpa iman, wang yang banyak, pangkat yang tinggi dan ilmu yang luas tidak akan bererti apa-apa kepada manusia ketika ia berdepan dengan masalah-masalah hidup. Ia hanya menjadi kemudahan hidup tetapi bukan satu kebahagiaan. Dan tanpa iman orang-orang miskin dan hina akan menderita dua kali ganda dari sepatutnya. Tetapi dengan iman, kemiskinan dan kelemahan hidup masih dapat mendatangkan ketenangan, apalagilah kalau kaya dan berpangkat, akan berganda-ganda ketenangan itu menyinari kehidupan manusia.
Mungkin ada orang berkata, orang yang beriman pun nampaknya selalu keluh-kesah dan hilang pertimbangan. Saya hanya dapat mengatakan mungkin iman itu belum cukup sempuma. Kita lihat sabda Rasulullah untuk mengukur sejauh mana iman dapat menyelamatkan kita:
  1. Tiga macam sifat yang ada pada orang yang telah merasai kelazatan iman:
    • i. Tidak ada sesuatu yang lebih dicintainya dari Allah dan Rasul-Nya.
    • ii. Menyintai sesuatu hanya kerana Allah.
    • iii. Takut berbalik dari keimanannya seperti ia takut dimasukkan ke dalam api.
  2. Tiga perkara yang dapat dirasai oleh orang yang merasa kelazatan iman:
    • i. Tidak membantah sesuatu yang benar.
    • ii. Tidak berdusta walau dalam kesulitan.
    • iii. Yakin bahawa apa yang berlaku adalah dari Allah dan tidak boleh dihindarkan.
Dengan enam sifat di atas, seorang manusia akan sentiasa senyum dalam kehidupannya Senyum, syukur, sabar dan redha ia waktu-waktu senang atau susah. Dia tidak akan takut, tidak dukacita, tidak gelisah, tidak bimbang, tidak kecewa dan tidak pemah tahu apa itu putus asa. Apabila itu semua dimiliki, itulah dia kebahagiaan hidup yang sebenamya. Dan kalau itu semua tidak ada, tiadalah kebahagiaan dalam erti yang sebenar.
Seseorang yang tidak bahagia di dunia, jangan harap untuk bahagia di Akhirat. Tidak bahagianya ia di dunia adalah kerana ia tidak menempuh jalan-jalan yang akan membahagiakan dia di Akhirat. ebaliknya seorang yang menempuh jalan-jalan kebahagiaan di dunia, akan sampai ke Akhirat dengan selamat dan sempurna. Ia akan bahagia di dunia, apalagi di akhirat. Kita tatap sekarang ayat-ayat suci dari Allah yang menerangkan peri bahagianya orang beriman di Akhirat nanti dan betapa sengsaranya mereka
yang tidak beriman.
Terjemahan: Hai hamba-hamba-Ku, tiada kekhuatiran terhadapmu pada hari ini, dan tidak pula kamu bersedih hati. (Iaitu orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami) dan adalah mereka dahulu orang-orang yang menyerah diri. Masuklah kamu ke dalam Syurga, kamu dengan isteri-isteri kamu dengan digembirakan. Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala (dari emas juga) dan di dalam Syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. Dan itulah Syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal soleh yang dahulu kamu kerjakan. Di dalam Syurga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang daripadanya kamu makan.
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, kekal di dalam azab Neraka Jahannam. Tidak diringankan azab itu dari mereka dan mereka di dalamnya berputus asa. Dan tidaklah Kami menganiayai mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri. Mereka berseru, "Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh saja kami." Dia menjawab, "Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)."
Sesungguhnya Kami telah benar-benar membaca kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan dari kamu benci pada kebenaran itu. Bahkan mereka telah menetapkan satu tipu daya (jahat), maka sesungguhnya Kami menetapkan pula. Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan-utusan (malaikat) Kami selalu
mencatit di sisi mereka.

(Al Zukhruf: 68-80)

BACA: ANTARA 7 WALI ALLAH MALAYSIA 

Comments

Popular posts from this blog

Bab 4 Peringkat peringkat Iman

Bab 6 Perkara Yang Merosakkan Iman