Bab 4 Peringkat peringkat Iman
FALSAFAH sekularisma yang diamalkan hari ini telah mengasingkan manusia kepada kelas-kelas tertentu mengikut pangkat darjat dan harta kekayaan. Siapa sahaja yang kaya dan tinggi pangkatnya. dianggap mulia dan terhormat serta layak diberi sanjungan. Sebaliknya pula siapa sahaja yang miskin dan rendah pangkatnya terus dianggap hina, tidak berguna dan patut diketepikan. Inilah sistem yang sedang kita laksanakan dan jayakan bersama sekarang ini. Hasilnya, melalui pengalaman kita bersama juga, kita telah membuat kesimpulan bahawa meletakkan manusia sebagai hina atau mulia melalui miskin atau kayanya mereka adalah tidak patut, tidak adil dan tidak logik. Sebabnya: Ia mewujudkan jurang yang memisahkan orang miskin dan tidak berpangkat dengan orang kaya dan berpangkat. Jurang ini juga membiakkan rasa tidak hormat-menghormati dan saling tidak percaya-mempercayai antara kedua-dua golongan. Maka hidup suburlah sifat hasad dengki dan dendam...