Bab 6 Perkara Yang Merosakkan Iman



Untitled Document SEPERKARA  lagi yang perlu  kita tahu ialah  tentang  perkara-perkara yang boleh merosakkan  iman. Tujuannya ialah  supaya  kita dapat mengelakkan diri dari membuat perkara-  perkara  tersebut  yang boleh merosakkan  iman  kita.  Ada tiga   perkara atau tiga  cara   iman itu boleh rosak:
  1. Iktiqad.
  2. Perkataan.
  3. Perbuatan.

1. Iktiqad

Melalui iktiqad, iman boleh rosak dengan sebab-sebab antara yang berikut:
  1. Kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Contohnya: Ragu dengan Qudrat (kekuasaan) Allah. Sebaliknya ia yakin bahawa ada kuasa lain yang boleh memberi bekas selain Allah.
  2. Ragu dengan perkara-perkara ghaib seperti wujud- nya malaikat, Hari Qiamat, Alam Barzakh, gyurga, Neraka dan lain-lain seumpamanya.
  3. Ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat nabi dan rasul.
  4. Ragu tentang mampunya Islam, dengan panduan Al Quran dan Sunnah, sebagai pembawa keselamatan.
Secara ringkas, semua keraguan tentang perkara yang disuruh beriman dengannya oleh Allah, adalah membawa kepada rosaknya iman seseorang. Oleh itu amat perlu bagi tiap-tiap individu menilik ke dalarn hatinya, untuk memasti- kan bahawa tidak ada sebarang keraguan olehnya kepada perkara-perkara yang dikehendaki meyakininya.

2. Perkataan

Iman boleh juga rosak melalui perkataan. Ianya boleh berla- ku sama ada sedar atau tidak. Antara perkataan-perkataan yang boleh merosakkan iman ialah:
  1. Mengatakan Allah itu kejam, zalim, tidak adil dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah.
  2. Mengata dan mencaci Rasulullah sama ada tentang perkataan, perbuatan dan seluruh ajaran baginda.
  3. Mengatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Ia hanya sesuai untuk "zaman unta" dan sebagainya.
  4. Menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Contohnya: Menghalalkan riba, zina, arak, judi dan lain-lain. Mengharamkan poligami dan lain- lain.
Secara ringkas, bolehlah dikatakan apa sahaja perkataan yang dikeluarkan berbentuk cacian dan penghinaan pada kemuliaan dan kebenaran Islam, sama ada sengaja atau tidak, adalah merosakkan iman seseorang. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga perlulah kita berhati-hati dalam bercakap, dan jagalah perkataan yang keluar dari mulut kita. Di samping itu kita mendalami pengetahuan tentang apa-apakah bentuk perkataan yang boleh membawa kepada rosaknya iman kita.

3. Perbuatan

Kerosakan iman boleh juga berlaku kerana perbuatan kita. Di antara perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman ialah:
  1. Sujud pada selain Allah, sama ada pada patung, pokok kayu, matahari, bulan dan lain-lain.
  2. Meraikan dan membesarkan hari-hari agama lain.
Seseorang yang melakukan salah satu dari tiga cara di atas, dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain ia telah murtad. Ini adalah dosa terbesar. Dosa yang tidak terampun. Firman Allah:
Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik sebaliknya Dia mengampuni dosa-dosa selainnya pada sesiapa yang Dia kehendaki. (An Nisa': 116)
Kerana itu seseorang yang telah murtad wajiblah bertaubat. Syarat-syarat taubat orang murtad ada dua.
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Membaharui dan membetulkan keyakinan tentang apa yang telah diragukan, dikatakan atau dilakukan.
Hanya dengan memenuhkan syarat-syarat ini sahaja dosa akan diampun dan amal ibadah akan dinilai oleh Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 4 Peringkat peringkat Iman

Bab 3 Kepentingan Iman